RAMADAN DI BN SHIPYARD

RAMADAN DI BN SHIPYARD

RBS1  RBS2

        RBS3  RBS3

Mei & Jun 2018Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini, BN Shipyard telah memberi sumbangan buah kurma, bubur lambuk dan kuih-muih kepada kakitangan dan pelanggan Syarikat. 

Unit Perhubungan Awam yang bertindak sebagai pengelola program telah mengagihkan pemberian buah kurma pada 16 Mei 2018 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan.  Seterusnya, pengagihan bubur lambuk telah diadakan pada 25 Mei 2018 dan kuih-muih pula pada 1 Jun 2018.

Pemberian ini merupakan antara aktiviti tahunan yang dilakukan oleh Syarikat bagi menzahirkan keberkatan di bulan yang mulia melalui amalan bersedekah.

MAJLIS BERBUKA PUASA BN SHIPYARD 2018

MAJLIS BERBUKA PUASA BN SHIPYARD 2018

MBPBS1  MBPBS2

        MBPBS3  MBPBS4

8 Jun 2018 - BN Shipyard telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa BN Shipyard 2018 di Surau Diri Jumaat BN Shipyard.  Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Urusan BN Shipyard, Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli Bin Hj. Mohd Nor; Pengarah Operasi BN Shipyard, Ir. Ee Teck Chee; Ketua-ketua Jabatan Syarikat dan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan bersempena kedatangan bulan Ramadan.  Majlis bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan Syarikat dengan kakitangan dan pelanggan Syarikat.

Antara pengisian majlis ialah moreh, solat fardu Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih secara berjemaah.

PROGRAM MEGA OSH TOOL BOX 2018

PROGRAM MEGA OSH TOOL BOX

PMOTB  PMOTB2

        PMOTB3  PMOTB4

2 Mei 2018 - Bersempena dengan sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja oleh International Labour Organization (ILO), pihak Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH) telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Mega OSH Tool Box 2018 yang diadakan secara serentak di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, BN Shipyard juga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini yang dikendalikan oleh Unit Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) bertempat di hadapan Lokasi 25.

Objektif utama sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja adalah untuk menjelaskan dan memberi penekanan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) kepada majikan dan pekerja melalui perbincangan dan aktiviti OSH, menghormati dan mengingati mereka yang telah cedera dan meninggal dunia di tempat kerja di samping meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab majikan dan pekerja seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Selain itu, program juga bertujuan memberi kesedaran kepada pekerja dan majikan dengan mempromosikan persekitaran tempat kerja yang sihat melalui pelbagai program dan aktiviti serta mengiktiraf pengamal serta pegawai keselamatan dan kesihatan yang telah memajukan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Lebih menarik lagi, program ini telah direkodkan sebagai ‘The Largest Simultaneous Safety Briefing (Tool Box Talks)’ dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan seramai 52494 orang di 800 premis termasuk BN Shipyard. Selain kakitangan BN Shipyard, program turut disertai oleh pekerja subkontraktor.

TOWNHALL TALK 2018 BN SHIPYARD

TOWNHALL TALK 2018 BN SHIPYARD

TTBS1  TTBS2

        TTBS3  TTBS4

8 Jun 2018 - Majlis Townhall Talk 2018 bersama kakitangan Syarikat telah diadakan di pekarangan parkir kereta BN Shipyard dan dihadiri oleh Pengarah Urusan BN Shipyard, Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli Bin Hj. Mohd Nor; Pengarah Operasi BN Shipyard, Ir. Ee Teck Chee; Ketua Pegawai Kewangan, Encik Ahmad Nordin Bin Mohammad; Pengarah Program LCS, Ir. Azhar Bin Jumaat dan Pengarah Program LMS, Ir. Hairutdin Bin Ayob.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli Bin Hj. Mohd Nor dan diikuti dengan acara pemberian zakat syarikat kepada kakitangan yang layak.  Majlis diteruskan dengan acara simbolik penyampaian cenderahati untuk kakitangan yang disampaikan kepada Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Boustead Naval Shipyard dan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Boustead Penang Shipyard serta disusuli acara penyampaian sijil penghargaan dan baucer tunai bagi “Projek CI terbaik - Pencapaian Project CI bagi Penjimatan Kos Tertinggi sehingga April 2018”.

Sebaik sahaja majlis berakhir, Pengarah Urusan BN Shipyard telah berkesempatan untuk mengadakan sesi perjumpaan bersama kakitangan eksekutif di Auditorium.

LAWATAN KD DUYONG

LAWATAN KD DUYONG

LKD1  LKD2

        LKD3  LKD4

24 Mei 2018 - Bahagian Pendidikan dan Latihan KD DUYONG telah mengadakan lawatan ke BN Shipyard yang disertai oleh jurulatih dan 40 orang pelatih.

Objektif lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih kursus berkenaan rupa bentuk bawah kapal dan memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika penyelaman pemeriksaan bawah perut kapal serta risiko yang bakal dihadapi.

Lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat di Auditorium dan diikuti lawatan sekitar limbungan. Semasa lawatan sekitar limbungan, para rombongan telah dibawa melawat ke Lokasi 25, 26 dan 77. Semasa di Lokasi 77, para rombongan telah berpeluang melihat rupa bentuk bawah Kapal Kombat Litoral (LCS).