PERTANDINGAN BOLING KKBNS 2017


PERTANDINGAN BOLING KKBNS 2017

kkbns1

kkbns2 kkbns3

 

28 November 2017 - Kelab Kakitangan Boustead Naval Shipyard (KKBNS) telah menganjurkan Pertandingan Boling KKBNS 2017 untuk ahli dan bukan ahli KKBNS yang terbuka kepada kakitangan BN Shipyard, BHIC MSM, BHIC MTA, BHIC Navaltech, BHIC Defence Techservices, BHIC Allied Defence Technology dan pelatih industri di BN Shipyard.  Sebanyak 19 buah kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang diadakan di Ocean Bowl, Sri Manjung.

Objektif penganjuran pertandingan ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli KKBNS bersama kakitangan dan pelatih industri BN Shipyard.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Counter Strike selepas melakukan 870 jatuhan pin.  Tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan Yob Yong Power yang memperoleh 758 jatuhan pin manakala kumpulan Ten In Da Pit menduduki tempat ketiga dengan meraih 719 jatuhan pin.

Bagi kategoriindividu lelaki pula telah dimenangi oleh Encik Nor Akhmal Bin Robani yang telah berjaya melakukan 348 jauhan pin manakala ketegori individu wanita dimenangi oleh Puan Salsabil Binti Zainal Abidin dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 323.

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN OLEH TIM JAWATANKUASA KECIL PEMERIKSAAN KESELAMATAN SASARAN PENTING (JKPKSP) NEGERI PERAK

 LAWATAN DAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN OLEH TIM JAWATANKUASA KECIL PEMERIKSAAN KESELAMATAN SASARAN PENTING (JKPKSP) NEGERI PERAK

jkpksp1

jkpksp2 jkpksp3

21 November 2017 - BN Shipyard telah menerima lawatan dan pemeriksaan keselamatan oleh Tim Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting (JKPKSP) Negeri Perak yang diketuai oleh Encik Norazmi Bin Abdullah selaku Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Perak.

Kehadiran Tim JKPKSP Negeri Perak ini telah disambut oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Limbungan, Hj. Mohd Nasirruddin Bin Mat Som yang mewakili Pengarah Operasi BN Shipyard.

Lawatan dan pemeriksaan keselamatan ini bertujuan untuk melakukan semakan Borang SP 1 dan Borang JPSP 2/94 Pin. 2015 di samping untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pihak Unit Sekuriti BN Shipyard bagi menyentuh perkara-perkara mengenai kepentingan perkhidmatan, kesan kepada negara jika instalasi musnah, sistem keselamatan, keupayaan mengawal instalasi dan perancangan keselamatan untuk masa hadapan serta perancangan kontigensi Syarikat.

Selain itu, Tim JKPKSP Negeri Perak turut melawat ke persekitaran limbungan dengan diiringi oleh Ketua Unit Sekuriti BN Shipyard iaitu Encik Rosman Bin Hj. Ramli, Ketua Jabatan Perkhidmatan Limbungan, Hj. Mohd Nasirruddin Bin Mat Som dan Ketua Jabatan Kualiti, Encik Omar Bin Abdul Rahim.

LAWATAN PELAJAR GIAT MARA KAMPAR

            

LAWATAN PELAJAR GIAT MARA KAMPAR, PERAK

gmkampar1gmkampar2

gmkampar3gmkampar4

 

2 November 2017 - Seramai 14 orang pelajar Kursus Teknologi Automotif dan 14 orang pelajar Kursus Teknologi Kimpalan dengan diiringi lima orang tenaga pengajar dari GIATMARA Kampar telah mengadakan lawatan ke BN Shipyard.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar selain mendedahkan kepada mereka situasi alam pekerjaan yang sebenar.

 

    

LAWATAN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG

LAWATAN POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG

 

polisas1polisas2

polisas3polisas4

 

16 November 2017 - BN Shipyard telah menerima lawatan dari Politeknik Sultan Azlan Shah yang disertai oleh 26 orang pelajar tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuataan (Rekabentuk Automotif) dan 15 orang pensyarah.

Objektif lawatan ke BN Shipyard ini memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai proses serta prosedur lengkap pengambilan pekerja untuk penjawatan melalui perkongsian yang telah diberikan oleh wakil dari Jabatan Pengurusan Modal Insan dan Pentadbiran iaitu Encik Muhamad Haizul Azral Bin Zolkefli. Selain itu, lawatan ini turut mendedahkan para pelajar dengan skop pekerjaan dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan rekabentuk.

LAWATAN JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGERI PERAK

LAWATAN JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGERI PERAK

lawatan jabtan keselematan perak 1


lawatan jabtan keselematan perak 2  lawatan jabtan keselematan perak 3

 

25 Okt 2017 - BN Shipyard telah menerima lawatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak (JKKP Perak) yang dihadiri oleh Pengarah JKKP Perak iaitu Ir. Hj. Mohd Hatta bin Zakaria serta dua orang pegawai JKKP Perak.

Lawatan teknikal ini bertujuan untuk meninjau aspek keselamatan dan kesihatan bagi proses pembinaan serta aktiviti penyelenggaraan kapal di BN Shipyard. Selain itu, lawatan ini turut bertujuan untuk membincangkan aspek-aspek pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.