CERAMAH MAULIDUR RASUL 1438H

act2016 10 act2016 11

 

2 Disember 2016  -  Majlis ceramah bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul 1438H anjuran Badan Kebajikan Islam BN Shipyard (BAKIN) telah diadakan bertempat di Surau BN Shipyard.  Antara objektif sambutan ini dianjurkan adalah untuk melahirkan perasaan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW dan menghayati sirah perjuangan Baginda dalam berdakwah.

Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari UiTM Tapah iaitu  Ustaz Abd Munir Bin Mohd Noh.

Semoga melalui program ini dapat melahirkan generasi khairul ummah yang mampu untuk meneruskan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Baginda sebagai uswatun hasanah dalam menjalani kehidupan seharian.

AUDIT KESELAMATAN OLEH TIM JAWATANKUASA KECIL PEMERIKSAAN SASARAN PENTING NEGERI PERAK

act2016 6 act2016 7
act2016 8 act2016 9

 

1 Disember 2016  -  Satu pemeriksaan tahunan oleh pihak Tim Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negeri Perak (JKPKSP) telah diadakan di premis BN Shipyard.  Seramai 7 orang pegawai (JKPKSP) yang hadir pada sesi pemeriksaan tersebut. 

Lawatan dan pemeriksaan diadakan bagi membincangkan mengenai kepentingan keselamatan jika berlakunya keadaan instalasi musnah iaitu peralatan beserta kelengkapan yang dipasang seperti janakuasa, mesin jentera, bangunan dan sebagainya, kawalan sistem keselamatan yang terdapat di BN Shipyard, keupayaan mengawal dan perancangan keselamatan untuk masa hadapan.

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

act2016 3 act2016 4
act2016 5

16 November 2016  -  Program Kempen Derma Darah ini dianjurkan oleh Kelab Kakitangan BN Shipyard (KKBNS).  Kempen derma darah ini telah berjaya mendaftar seramai 101 kakitangan dan seramai 88 kakitangan telah layak untuk menderma darah. 

Program ini bertujuan untuk menggalakkan kakitangan serta orang ramai menderma darah bagi membantu menambah simpanan tabung darah di Pusat Darah Negara dalam misi membantu masyarakat yang memerlukannya. 

Hasil yang diperolehi daripada program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada warga BN Shipyard tentang kepentingan dan kebaikan aktiviti menderma darah.  Dengan menerapkan aspek penjagaan kesihatan dalam kalangan kakitangan BN Shipyard, bagi syarikat apabila kakitangan sihat, sekali gus mereka juga dapat menyempurnakan tugasan dengan baik.