Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah Urusan Kumpulan BHIC

SESI PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH URUSAN KUMPULAN BHIC 

 

dn2017 1 1 dn2017 1 2dn2017 1 3 dn2017 1 4

 

12 Januari 2017 - BN Shipyard telah menerima kunjungan daripada Pengarah Urusan Kumpulan BHIC, Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli Hj Mohd Nor pada 12 dan 13 Januari 2017.

Pada hari pertama rangka kunjungan tersebut, Pengarah Urusan telah mengadakan mesyuarat bersama Pengarah Operasi BN Shipyard yang baru iaitu Ir. Ee Teck Chee dan beberapa Ketua Jabatan untuk mendapatkan hala tuju operasi Syarikat bagi perkara-perkara yang memerlukan keputusan Pengarah Urusan.

Selanjutnya, Pengarah Urusan telah mengadakan perjumpaan bersama semua kakitangan Eksekutif Syarikat termasuk Syarikat BHIC yang berada di dalam premis BN Shipyard. Selain itu, ucapan Pengarah Urusan semasa perjumpaan tersebut adalah mengucapkan selamat tahun baru 2017 serta hala tuju syarikat bagi masa yang akan datang.

 

Sambutan Ulangtahun Pengarah Urusan bersama Ketua Jabatan

 

dn2017 2 1   dn2017 2 2

Tidak ketinggalan, jamuan ringan yang diadakan pada waktu tengahari diantara Pengarah Urusan, Pengarah Operasi dan Ketua-ketua Jabatan turut diiringi dengan bacaan doa bagi menyambut hari ulangtahun Pengarah Urusan secara kecil-kecilan.

Pada hari kedua kunjungan tersebut, Pengarah Urusan, Pengarah Operasi dan beberapa lagi Ketua Jabatan telah melawat sekitar premis Syarikat dan menegur menerusi pemerhatian terhadap kebersihan dan kekemasan premis Syarikat.

 

Majlis Berinteraksi Bersama Pelanggan

MAJLIS BERINTERAKSI BERSAMA PELANGGAN 

 

dn2017 3 1

24 Jan 2017 - Satu majlis makan tengahari telah diadakan di Bangunan 102, BN Shipyard. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan Pengarah Operasi BN Shipyard yang baru dan pada masa yang sama untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama pegawai-pegawai kanan TLDM.

Turut sama hadir di majlis ini adalah Panglima Kejuruteraan YBhg Laksma Mohd Saiful Adli Chung Bin Abdullah, pegawai-pegawai kanan KD Perantau, KD Kelantan, KD Lekiu dan KD Pahang yang terlibat dengan pembaikan kapal di BN Shipyard.

dn2017 3 2

Majlis Perletakan Lunas Kapal LCS2

MAJLIS PERLETAKAN LUNAS KAPAL LCS2

 

dn2017 4 1  dn2017 4 2

dn2017 4 3  dn2017 4 4

 

28 Februari 2017 - Majlis Peletakan Lunas bagi kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang kedua telah berjaya diadakan di BN Shipyard pada 28 Februari 2017. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Johari Bin Baharum. Pengarah Urusan, Tan Sri Dato Seri Ahmad Ramli Bi Haji Mohd Nor turut hadir pada majlis yang bersejarah ini. 

Selepas taklimat di Auditorium, Delegasi dari Kemeterian Pertahanan Malaysia dan Pegawai-pegawai TLDM bertolak ke Lokasi 77 dengan menaiki bas. Setibanya di Lokasi 77, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis, En Amir Bin Ismail. Seterusnya ucapan dari Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard, Tan Sri Dato Seri Ahmad Ramli Bi Haji Mohd Nor. Majlis Peletakan Lunas diteruskan dengan ucapan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Johari Bin Baharum yang merangkap sebagai perasmi bagi Majlis Perasmian Peletakan Lunas bagi Kapal LCS 2.

Majlis diteruskan dengan sesi perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan iaitu Dato’ Seri Mohd Johari Bin Baharum dengan  menyerahkan welding torch kepada staf untuk melakukan proses kimpalan singkatan nama beliau iaitu MJB di atas metal slab.

Seterusnya, Yang Berhormat membuat pemerhatian proses pembinaan kapal setelah merasmikan Majlis Peletakan Lunas Kapal LCS 2 di sekitar Lokasi 77. Setelah pemerhatian dilakukan, satu sesi sidang media diadakan bagi menjawab sebarang pertanyaan oleh sidang media mengenai kapal LCS 2. 

Diakhir majlis, Delegasi dari Kementerian Pertahanan telah bergerak ke Bangunan 102 bagi sesi jamuan makan tengah hari yang disediakan oleh Wisma Samudera. Setelah jamuan selesai, sesi menandatangani buku pelawat diadakan di Galeri oleh Timbalan Menteri Pertahanan.

dn2017 4 5  dn2017 4 6

 

Townhall 1/2017

TOWNHALL 1/2017

 

dn2017 5 1 dn2017 5 2dn2017 5 3

16 Mac 2017 - Bertempat di perkarangan Parkir 01 BN Shipyard, telah berlangsungnya Majlis Town Hall 2017.  Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan beberapa perkara penting mengenai syarikat kepada kakitangan BN Shipyard serta kakitangan anak syarikat BHIC yang beroperasi di BN Shipyard.  Pengarah Urusan, Tan Sri’ Dato Seri Ahmad Ramli Bin Mohd Nor telah memberi ucapan beliau dan diikuti dengan taklimat oleh Kept. Anuar Murad mengenai hala tuju syarikat.