LAWATAN DARI MALAYSIAN MARITIME ENFORCEMENT AGENCY (MMEA) BERSAMA DENGAN DELEGASI DARI JEPUN

dn3 dn4
dn5

 

17 Oktober 2016  -  BN Shipyard telah menerima kunjungan hormat dari Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) bersama dengan delegasi dari Jepun.

Lawatan telah dihadiri seramai 6 orang iaitu 3 orang wakil MMEA, seorang wakil kedutaan Jepun dan 2 orang wakil dari Syarikat Shipbuilding Jepun.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mencari limbungan yang boleh memberikan kemudahan secara menyeluruh untuk kerja-kerja pengubahsuaian kapal COAST GUARD Jepun sebelum ianya diserahkan kepada pihak MMEA.

Hasil lawatan tersebut dapat memberikan pendedahan kepada delegasi Jepun ini terhadap kemampuan BN Shipyard dalam melaksanakan pembaikan dan penyelenggaraan kapal dalam industri maritim.

LATIHAN FITEC VENDOR

dn1 dn2

 

BHIC MTA Sdn. Bhd. telah menjalankan Basic Fire Fighting dan pengenalan mengenai BHIC modul Kursus Kesedaran Vendor untuk Penjual Industri Pusat Teknologi Perabot ( FITEC ). Latihan ini telah dijalankan dari 25 Julai 2016 sehingga 28 Julai 2016 .

Tujuan program ini adalah untuk membangunkan kesedaran vendor untuk melaksanakan pemasangan peralatan di atas kapal TLDM Littoral Combat Ship dan di premis BN Shipyard. Kursus ini diperlukan bagi mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai vendor FITEC .