BN SHIPYARD DILANTIK SEBAGAI AHLI MIDES

BN SHIPYARD DILANTIK SEBAGAI AHLI MIDES

bns news   sijil mides 1

1

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BN Shipyard) mencapai satu tahap membanggakan apabila telah dilantik menjadi ahli Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) di bawah Kumpulan Kerja Maritim selama tiga tahun bermula 10 November 2017 hingga 9 November 2020.

Sijil Keahlian Syarikat yang diterima BN Shipyard pada 19 Februari 2018 ini telah dikeluarkan oleh Bahagian Industri Pertahanan, Kementerian Pertahanan.  Melalui penerimaan sijil ini, BN Shipyard telah diiktiraf sebagai ahli MIDES bertaraf empat (4) bintang daripada lima bintang secara keseluruhannya.

BN Shipyard terlebih dahulu menjalani pengauditan keupayaan syarikat bagi tujuan penilaian keahliaan pada 7 April 2017 yang lalu sebelum memperoleh Sijil Keahlian Syarikat sebagai ahli MIDES.

Melalui keahlian ini, BN Shipyard berpeluang untuk menyertai semua aktiviti Kumpulan Kerja Maritim di samping berupaya meningkatkan sokongan dalam sektor maritim kepada Kementerian Pertahanan khususnya dan perkembangan industri pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan negara secara amnya.

MAJLIS PENERIMAAN KD MAHAWANGSA

MAJLIS PENERIMAAN KD MAHAWANGSA

cn1  cn2

cn3  cn4

22 Januari 2018 -Majlis penerimaan KD MAHAWANGSA milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berlangsung dengan jayanya di kapal KD MAHAWANGSA.  Sijil penerimaan telah ditandatangani oleh Pengarah Operasi BN Shipyard, Ir. Ee Teck Chee; Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kdr Ivan Mario Andrew TLDM dan Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Syed Ahmad Hilmi Bin Syed Abdullah.

Majlis turut disaksikan oleh Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Seri Panglima Mohd Roslan Bin Mohd Ramli; Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar bin Mohd Ajis; Pengarah Cawangan Penguasa Kejuruteraan Armada Barat, Kepten Ir. Haji Ahmad Fahmi Bin Jahaya TLDM serta pegawai kanan TLDM yang lain.

KD MAHAWANGSA telah selesai menjalani Docking Essential Defect (DED) di BN Shipyard selama sebelas bulan bermula pada 16 Februari 2017. Kerja-kerja penyelenggaraan telah berjaya disiapkan dan diserahkan dua hari lebih awal daripada tarikh yang telah dipersetujui oleh TLDM.