MAJLIS PENYERAHAN REFIT KD PERANTAU

cn2016 5 cn2016 6
cn2016 7 cn2016 8
cn2016 9

 

30 Disember 2016  -  Majlis Penyerahan Refit KD PERANTAU telah berlangsung di Auditorium Bangunan 102 BN Shipyard.  Lawatan pemeriksaan telah diadakan di KD PERANTAU bagi meninjau hasil pembaikan yang dilaksanakan oleh BN Shipyard.  Seramai 98 anak kapal telah menghadiri majlis tersebut yang diketuai oleh Laksamana Madya Dato’ Abdul Ghani Bin Othman (Panglima Bantuan TLDM), Laksamana Pertama Hj Mohd Nazri Bin Mansor (Panglima Kejuruteraan TLDM), Kdr Mohd Shukri Bin Mohd Yusop (Pegawai Memerintah KD PERANTAU) dan  Pegawai-Pegawai TLDM.

LAWATAN DARI DUTA PERANCIS KE MALAYSIA (COLONEL MICKAEL LE CAM)

cn2016 2 cn2016 3
cn2016 4

 

 

19 Disember 2016  - BN Shipyard telah menerima lawatan dari Atase Pertahanan Kedutaan Perancis, Kolonel Mickael LE CAM yang telah mengambil alih tugas dari Kolonel Sebastain DUZERT.

Duta Perancis tersebut telah diberikan taklimat berkaitan BN Shipyard dan dibawa melawat sekitar sekitar limbungan untuk melihat projek yang sedang berjalan di BN Shipyard.

Duta Perancis ini juga melahirkan rasa berbesar hati sekiranya hubungan ini dapat diteruskan lagi untuk mempereratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Perancis dalam industri Maritim dan membuka peluang kepada BN Shipyard.

PENYERAHAN SUMBANGAN LAWATAN MURID KE KUALA LUMPUR

cn2016 1

19 Oktober 2016 - BN Shipyard telah menyerahkan cek sumbangan bernilai RM500.00 kepada pihak PIBG SK Pengkalan Baharu.  Penerimaan cek sumbangan tersebut telah diwakilkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.

Sumbangan tersebut bertujuan membuat program lawatan sambil belajar untuk murid-murid luar bandar SK Pengkalan Baharu yang kurang berkemampuan.  Selain daripada itu, objektif program lawatan tersebut adalah:

  • Sebagai pengisian selepas UPSR.
  • Mengetahui kepesatan pembangunan di kota raya.
  • Melahirkan rasa bersyukur dengan keamanan Negara.
  • Mengetahui lokasi-lokasi menarik bersesuaian dengan Pendidikan.
  • Sivik dan Kewarganegaraan.

Dengan sumbangan tersebut, BN Shipyard sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah menjayakan program lawatan tersebut dan membantu mereka yang memerlukan.