Majlis Kimpalan Ulung LCS

 

 

 

 MAJLIS KIMPALAN ULUNG LCS
 IMG 9072 IMG 9090 

LUMUT, 12 Jun – Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd sekali lagi mengukir sejarah dalam industri berat negara dimana telah berlangsungnya Majlis Kimpalan Ulung Projek ‘ Littoral Combat Ships’ bertempat di Dewan Fabrikasi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan  Datuk Abdul Rahim Bakri.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Ramli Mohd Nor, Pengarah Operasi BN Shipyard Sdn Bhd, Datuk Ir. Yahya bin Hashim dan Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Dato’ Seri Kamarulzaman bin Hj Badaruddin.

Kapal LCS yang dibina itu mempunyai keupayaan peperangan pelbagai dimensi dengan mempunyai daya tahan lasak yang tinggi terutama ketika mengharungi keadaan laut yang melampau. Antara ciri utama kapal tersebut ialah mempunyai kelajuan maksimum sehingga 28 knot dengan panjang keseluruhan kapal 111 meter serta dilengkapi beberapa senjata utama seperti sistem pelancar torpedo, sistem pelancar misil anitipermukaan, sistem pelancar misil antiudara dam meriam caliber sederhana bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di perairan Negara. Aktiviti pembinaan, intergasi dan ujian ke atas kapal LCS akan dilakukan sepenuhnya di Lumut, yang mana pembinaan akan dilakukan secara modular iatu pembinaan kapal akan ditambahbaik dari setiap peringkat.

Kapal pertama yang dikenali sebagai First Of Class Vesel dijangka diserahkan pada April 2019 yang mana kapal berikutnya selang setiap 10 bulan selepas itu.

 

                                                                                                                   

 

 

Program Tranformasi Visi 2020 BN Shipyard

   

     

 Program Tranformasi Visi 2020 BN Shipyard 

BNS Transformation Vision 2020

IMG 6629

 

Bermula pada 11 November 2013 BN Shipyard menjalankan program khusus untuk projek Shiprepair dan Shipbuilding yang dimulakan dengan kapal KD LEKIR bagi meningkatkan system perancangan pengeluaran dan untuk memastikan penyerahan kapal secara ontime.

Kaedah yang berpandukan kepada Korean Best Practise (KBP) ini telah membuktikan kejayaannya apabila kelewatan kapal KD LEKIR dapat dikurangkan dan diserahkan secara ontime. Berlanjutan dari itu, syarikat telah memutuskan untuk menggunakan KBP sebagai asas kepada tranformasi syarikat.

Tanggal 28 April 2015, YBhg Tan Sri Dato Seri Ahmad Ramli berbesar hati melancarkan Program Tranformasi Visi 2020. Program ini menggunakan 3 falsafah asas untuk mengerakkan tranformasi syarikat iaitu Making PeopleBack To Basic dan Creating Job. Asas ini juga diselarikan dengan misi syarikat iaitu menjadi sebuah syarikat yang menyediakan solusi dalam bidang maritim dan pertahanan terulung di Asia Tenggara / Asia Timur dengan visi untuk meningkatkan taraf hidup, menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan menjadi kebanggaan komuniti.

Aktiviti utama yang telah dijalankan pada tahun ini adalah All Together CampaignBusiness Process Re-engineering & Organizational ChangeTechnology Development dan Information System Development.

                       
      

 

 

 

 

 

 

 

Flood Donation

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR
 IMG 3090
SITIAWAN,12 Januari 2015 - Pihak Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd telah tampil bersama-sama dalam membantu mangsa banjir yang melanda negara ini. Pihak Syarikat telah memberi peluang kepada semua kakitangan yang terdiri dari pelbagai Jabatan untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, pakaian dan bekalan makanan. Jumlah sumbangan yang telah berjaya dikumpulkan adalah sebanyak RM5,272.00 manakala barangan keperluan asas juga disertakan.

Kesemua hasil sumbangan telah diserahkan kepada Majlis Belia Daerah Manjung yang disempurnakan oleh Puan Sumathi Sangaran wakil dari Pihak Pengurusan Boustead Naval Shipyard Sdn.Bhd. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung selaku sukarelawan yang akan mengagihkan sumbangan tersebut kepada mangsa banjir mengikut tempat dan keutamaan.

Encik Mat Saad Bin Safa’ai selaku Bendahari Majlis Belia Manjung berkata pihaknya akan meneliti berdasarkan keutamaan dan keperluan mangsa banjir di seluruh negara. Hasil penelitian yang dibuat, pihaknya mendapati bahawa pada masa kini keutamaan dan keperluan adalah tertumpu kepada Negeri Kelantan akibat banyak kemusnahan yang berlaku di negeri tersebut.

Pihak Syarikat mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh kakitangan dan Majlis Belia Daerah Manjung atas keprihatinan dalam membantu masyarakat yang dilanda musibah banjir.